Friday, January 21, 2011

Sahabat...

Alhamdulillah...
Setelah sekian lama menyepi, kini aku berpeluang untuk menaip kembali..

Ceritanya berbunyi begini, pada suatu hari, aku mendapat panggilan untuk menyertai suatu program bersama teman sebilikku di suatu tempat. Dan aku rasa sangat excited skali... Tanpa berlengah aku pun bagaitau kat ayah dan ibu yang aku ada program kat Melaka.

Masa tu Ibu, Ayah rasa sgt terkejut sbb dgn tiba2 jer aku ckap yg aku ada program sdgkan punya la lma aku ada kat rumah tp tak pernah ckp apa2 pun pasal nk pg program... Walaucamne pun diorang tetap lepaskan aku pg... Alhamdulillah, sbb niat aku nk pg program sbb nk timba ilmu. Duk rmh pun tak buat apa2 gak...

So esoknya aku pun berangkat la ke Melaka. Duk rumah sewa aku sambil tunggu kakak kesayangan yg sebilik dgn aku tu. masa aku sampai, rmh xder org. Tunggu punya tggu, ptg bru kakak tu sampai. Akak tu pulak cerita panjang la pasal program ni... Program ni agak adhock dia kata.. Dia sendiri pun kne panggil tiba2 jer.. dan lepas tu dia disuruh ajak seramai mungkin bdk2 pompuan yg ada dekat sekitar melaka ni utk joint program ni sbb kekurangan peserta perempuan.

Akak tu ckp lagi, nnt akan ada sorang sahabat drp matrik lamanya akan ikut program ni skali. Lepas Maghrib nnt kami akan pg jemput dia kat stesen bas melaka. Aku pun ikut je laa...

Lepas maghrib, kami pun siap2 nak naik bas pg ke stesen bas melaka. Dalam bas tu la lain ceritanya...Kami jumpa dgn sorang pakcik ni duk cerita kat kami pasal politik. hebat betul pakcik ni... Kempen habis pasal pilihanraya nanti... kami berdua duk senyum simpul, tersengih2 je la... kang tak layan kang kata sombong pulak...

Sampai kat stesen bas, kami diuji pulak kesabaran kami... Orang yg kami tunggu tu tak jugak tiba lagi. Lepas satu tempat ke satu tmpt kat dlm stesen bas tu kami lepak, akhirnya kami kne halau dgn pakguard duk luar stesen bas... dri pukul 8.30 mlm smpai la ke ke hampir pukul 11.30mlm. yg akak sebelah aku ni plak, kejap2 msg kwn dia tu, kejap2 msg lagi. duk tanya bila gamaknyer kwn tu nk tiba. Akhirnya kami nmpak satu bas transnasional dtg beserta penumpangnya. kami pun tunggu la sorang demi sorang yg turun dr bas tu. Akhirnya jumpa jugak dgn org yg ditunggu2...

Sekali pandang, manis orangnya. Berkulit putih kemerah-merahan, bertudung labuh, comel juga orangnya. kami pun berkenalan la disitu. Pertama kali kenal, perbualan kami agak lancar seolah-olah dah lama kenal. Sememangnya sahabat baru ku ini peramah orangnya...

Kami menaiki kereta ayah kakak sebilik aku tu sampailah ke tampat program. sesampai ditempat program, kami lihat tak ada orang pun kat situ.... Kami pun menghubungi org yg m'anjurkan program. ckp punya ckp, rupa-rupanya program bermula pda esok hari... kami pun sudah naik hangin la... dengan izin allah, kat situ ada org tgh buat meeting. Kami pulak mmg kenal sgt dgn org yg terlibat dgn meeting tu. akhirnya malam tu kami tidur sesama dgn diorang dan keesokan harinya kami pergi pula ke tempat program tu balik semula.

Pada malam itu lah aku berkenalan dgn lebih lanjut lagi dgn 'dia'. lama kami berbual, sampai tak sedar masa berlalu. Tetiba aku teringat nk tanya pasal tempat 'dia' belajar. Tanya punya tanya, rupa2nya 'dia' belajar sama tempat dgn kwn lama aku masa kat matrik dulu. Lagi mengejutkan bila 'dia' kata dia kenal dgn kwn lama aku tu. Siap katanya mereka satu kelas lagi....

Dunia ni rasa terlalu kecil pulak bila dpat tau kwn lama aku tu sekelas dgn kwn baru aku ni... Kami pun duk la becerita pasal psal kwn kami tu... dulu sematrik dgn aku sebilik dengan aku sekarang ni sekelas pulak dgn 'dia'. Dalam pada kami rancak bercerita itu la, ukhwah mula terjalin. Betapa hebatnya kuasa Allah yg telah mempertemukan kami.

Nak ceritanya kat sini, kami berkenalan tak lama pun cuma ambil masa satu hari jer. tapi ukhwah antara kami sgt erat. lepas drp program tu, aku asyik teringat kat 'dia'. Terbayang2 gerak geri 'dia' berjalan, gaya 'dia' bercerita, lakaran senyumannya... hampir setiap hari kami duk balas msg. 'Dia' pun bagitau aku, 'dia' jugak alami perkara yg sama.. rasa sebak sgt sejak kami pulang drp program tu. Rasa rindu utk bertemu kembali.
Begitu indahnya ukhwah bila bersulamkan cinta kepada Allah. Kami bertemu dalam program dakwah. Bertemu kerana Allah, Berpisah kerana-Nya.

Monday, October 18, 2010

Berakhirnya sebuah pencarian...

Jari-jemariku pantas menari-nari diatas papan kekunci komputer riba jenama Dell model Inpiron 1525 yang daku beli dengan duitku sendiri hasil titik peluhku bekerja selama beberapa bulan di sebuah kedai fotostat di Batu Kikir Negeri Sembilan. Di dalam kepalaku sedang membayangkan wajah teman yang aku rindui dan daku mencari-cari jikalau ada alamat blog atau Facebook milik dia. Dia seorang teman yang pernah mengajarkan aku erti kehidupan, mendekatkan aku dengan agamaku, memperkenalkan aku dengan tuhanku dan membuka mataku melihat kebenaran yang terbentang. Puas daku menekan butan-butang huruf dipapan kekunci dan akhirnya aku temui cara untuk mencari dia di dalam Facebook. Mujurlah daku masih mempunyai alamat emailnya lalu daku copy dan pastekan dalam ruangan search. akhirnya aku temui dia....

Thursday, April 22, 2010

My Personal Details


PERSONAL DETAILS
Name: Norhazieqah Ayunie Binti Mohamad
I.C. No. : 890318-10-5732
Date of Birth : 18th March 1989
Age : 21 years old.
Gender : Female
Race : Malay
Religion : Islam
Marital Status : Single
Permanent Address : No. 62, Kampung Serting Ilir, Jalan Bahau, 72200 Bahau, Negeri Sembilan.
Mailing Address : No. 62, Kampung Serting Ilir, Jalan Bahau, 72200 Bahau, Negeri Sembilan.
E-mail Address : ayunie_pieces@yahoo.com
Phone Number : 014-9809298